Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menggunakan kesempatan berbahas di Dewan Rakyat untuk sekali lagi membangkitkan tindakan empat bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang meninggalkan parti itu.
Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu mempertikai dakwaan keempat-empat Ahli Parlimen itu telah meninggalkan parti Sebelum Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).